Thursday, December 6, 2012

sekuntum bunga vs sebutir mutiara

Assalamualaikum ya Akhi ya Ukhti..

ungkapan maaf kepada semua yang menanti..kekangan masa, jua dugaan yang menimpa..

bunga & mutiara itu tidak di nafikan cantik keduanya..

bunga itu sangat indah, namun keindahan bunga itu menjadi tatapan umum, saya, awak, dia, kamu dan semua dapat melihatnya..

namun..
mutiara itu terselindung dalam cengkerang yang kurang indah..keindahan sebenar itu hanya dapat di lihat daripada empunya mutirara.. tidak dapat dilihat oleh saya, awak, dua kamu dan semuanya..

oleh itu.. wahai bunga2 sekalian.. jaga la dirimu.. jadilah seperti mutiara yang hanya menyinar pada yang selayaknya..

sekian...

wasalam..

Monday, October 8, 2012

love

Assalamualaikum ya Akhi ya Ukhti..

Bait-bait kata yang lahir dari hati menafsir luahan diri.. tatkala lama menyepi kerna tiada kata hati.. cukup sudah teman di jadi kan tempat berbicara.. chain ring cukup kuat bak melodi yang berbicara.. tiada teman yang dapat mengunci pintu suara..

bukan bermulut manis, bukan jua melontarkan kata-kata kosong.. ianya kata yang lahir, dari dalam sudut hati..

sayang itu memerlukan kesabaran, menerima seadanya, memahami seadanya, kejujuran, kesetian & kepercayaan..


bukan jua dengan emosi mahupun berfikiran negatif .. 

Wednesday, July 25, 2012

kaki perempuan vs kaki lelaki?

Assalamualaikum ya Akhi ya Ukhti..



Sedang melayari fb, seringkali terjumpa ayat yang di tujukan pada lelaki,

Utk bakal suami, b0ley tegur saya tentang aurat pon dah oke wlaup0n ilmu agama awk tak tinggi mana. Yg penting awak bukan kaki perempuan. Sejujurnya saya tidak menyukai lelaki yg suka melayan ramai wanita :))


ketahui la jua..
 
wahai bakal isteri, maafkan saya andai sy tegur tentang aurat awk, sy tau ilmu sy x tinggi, tp awk tau ke sy kaki perempuan?betul awk kenal sy?..ye hak semua untuk memilih, jua lelaki mahupun perempuan, "berkawan ramai", "berkasih satu".. "jodoh Allah tentukan", jawapan seringkali di utarakan..sebelum melihat terik mentari, selami la duri yang memancar dalam diri..sebelum meyuluh dalam malap malam, sedari la langkah kaki.. 
 
andai tidak suka lelaki yg suka melayan ramai wanita, ketahui la bahawa, kami juga tidak suka perempuan yang melayan ramai lelaki.. 
 
salah definasi?kawan sahaja?tapi mengapa harus menyalahkan kaum adam?adakah adam itu benar kaki perempuan?..
 
wasalam..

Monday, July 9, 2012

andai dia tahu

Assalamualaikum ya Akhi ya Ukhti..



tika ku mula melangkah, arahku pasti ada..
tika ku mula jatuh, arahku kabur sekali..

tiada yang memahami selain diri ini,
sangkaan demi sangkaan menyuarakan segalanya,
walhal ketahui tiada siapa yang tahu akan diri ini selayak nya,
selain Dia..

wasalam
diam membisu

Sunday, June 24, 2012

"say NO to embun"

Assalamualaikum ya Akhi ya Ukhti..

matahari yang panas terik,hujan yang lebat tidak akan pudarkn cat kereta, tapi embun yang di sangka lembut itulah yang sebenarnya menyebabkn cat kereta pudar+karat terhasil..

jadi apa perlu buat?

simpan dalam garaj yang penuh, hee.. untung la kalau ada garaj..

seandai nya terkena embun,simbah la dengan air,jangan biarkn embun kering,sebab bila embun kering,itu la masa cat pudar+meyebabkan karat..

tapi kalau agak-agak malas hendak simbah air tiap-tiap pagi, haa.. ada satu cara lagi.. apa ye? hee.. bungkus la, hee.. cer tengok gambar bawah ni..  




hehe, pesanan ini untuk smua jenis kereta,tidak kisah la warna metalic/solid okay?, tapi kalau metalic,lagi la sayang kalau pudar..kan?


kesan ini jangka masa panjang, kalau sehari, sebulan, mungkin tidak nampak kesan nya, hee,, tunggu la setahun ke, insyAllah jelas nampak kesan nya.. hee, bawah ini antara kesan-kesan minor, kalau rosak teruk, nampak atas bumbung.. 




hee..pilihan di tangan !! =)

wasalam

Saturday, June 23, 2012

monolog ini

Assalamualaikum ya Akhi ya Ukhti..



mungkin cinta saya tidak se agung cinta Nabi Muhammad pada Siti Khadijah atau pun tidak sehebat cinta zulaika pada Nabi Yusof..

namun saya perlukan cinta, kasih dan sayang yang ikhlas hingga nyawa tercerai dari jasad, bukan untuk di permainkan, bukan untuk di persendakan..

ruang yang kosong di hati manusia, selau tercari-cari untuk di isi samada dengan kasih sayang, harapan mahupun semangat, tapi kadang-kadang apa yang datang pada kita bukan seperti yang kita harapkan,
yang ada cuma kekecewaan, kesedihan dan kesunyian..

harapan saya, semoga hari ini ketabahan dan kesabaran menemani kita,
dan insyAllah pada esok, Allah akan anugerahkan azimat pengubat luka semalam..

wasalam

Tuesday, June 19, 2012

vacancy!!!

Assalamualaikum ya Akhi ya Ukhti..

hee.. tumpang iklan jap.. sapa-sapa yang ada kenalan or tolong-tolong la sampaikan yep.. thx! =)


Sunday, June 17, 2012

27 Rejab 1433H

Assalamualaikum ya Akhi ya Ukhti..

alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kita masih di beri peluang terus menikmati nikmat di atas segala pinjaman yang Esa sampai ke hari ini.


Isra' Mikraj, hari  di mana hari RASULULLAH saw mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh Jibril, Mika`il dan satu malaikat yang lain. Hati Baginda saw. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) yaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah saw.

Selesai pembedahan, didatangkan binatang Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Isra' " Isra' (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masdil-Aqsa)

Sepanjang perjalanan (Isra') itu Rasulullah saw. diiringi (ditemani) oleh Jibril a.s dan Israfil a.s.

Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat- tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah diarah oleh Jibril supaya berhenti dan bersembahyang dua rakaat.

Antara tempat- tempat berkenaan ialah: Madyan dan Tursina, yaitu tempat nabi Musa as berbicara (munajat) dengan Allah dan Baitul-Laham (tempat nabi 'Isa a.s dilahirkan).

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah saw. menghadapi gangguan jin 'Ifrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.

Antaranya : Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah- olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Raslulullah saw dibertahu oleh Jibril : Itulah kaum yang berjihad fisabilillah yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

Tempat yang berbau harum. Rasulullah saw. diberitahu oleh Jibril a.s : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai tuhan).

sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibril meberitahu Rasulullah : Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu neraka jahannam. Kata Jibril : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak dan elok ada di sisi mereka. Kata Jibril: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibril : Itulah orang yang makan riba`.

Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibril : Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibril: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya. 

Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibril: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibril : Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). 

Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibril : Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat. 

Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah saw tidak menghiraukannya. Kata Jibril: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

Tiba di masjid al-Aqsa, Rasulullah saw. turun dari buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi ma`mum.

Rasulullah saw terasa dahaga, lalu dibawa Jibril dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibril: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Mi'raj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):


Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut).

Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.


Wallahu a'lam.

Thursday, May 24, 2012

bicara hati

Assalamualaikum ya Akhi ya Ukhti..


Kita pernah "DILUKAI"
dan mungkin pernah "MELUKAI"

tapi karena itu kita BELAJAR
tentang bagaimana cara menghargai, menerima dan berkorban. 

... Kita pernah "DIBOHONGI"
dan mungkin pernah "MEMBOHONGI"

tapi dari itu kita BELAJAR
bagaimana sakitnya rasa dibohongi dan tentang KEJUJURAN.

... Andaikan kita tidak pernah melakukan kesalahan dalam hidup ini, mungkin kita tidak pernah belajar arti MEMINTA MAAF dan MEMBERI MAAF... 

♥ Setiap waktu yang telah kita habiskan dalam hidup ini, tidak akan terulang kembali. Namun ada satu hal yang masih tetap bisa kita lakukan, yaitu BELAJAR dari masa lalu untuk hari ESOK yang lebih baik ♥

wasalam

Who should I give my love to?

Assalamualaikum ya Akhi ya Ukhti..

Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next?Your mother
Who next?Your mother
And then your father
Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That's right no other
My mother
Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think most of?
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next?Your mother
Who next?Your mother
And then your father
Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother
Who should I stay right close to?
Listen most to
Never say no to
Afer Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next?Your mother
Who next?Your mother
And then your father
Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Comb your hair
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My mother
Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother.
 wasalam

Wednesday, May 23, 2012

Ahlan Wa Sahlan ya Rejab ; 1433H

Assalamualaikum ya Akhi ya Ukhti..


Shukran Jazillan ya Allah..bertemu semula Rejab 1433H.. 27 Rejab hari yang di nanti, Isra' Mi'raj.

Iaitu hari dimana Rasulullah SAW sujud/hadir ke hadirat Allah SWT yang bersemayam diatas Arasy maha tinggi.


Antara ibadah pada pada 27 Rejab ialah berpuasa sunat, yang mana ganjaran pahala adalah seperti berpuasa enam puluh bulan. Jika disertai dengan sedekah seperti berpuasa puasa seribu tahun.


"Sesungguhnya Rejab adalah bulan memohon daripada segala dosa dan Syaaban pula adalah memperbaiki hati daripada segala kecacatan. Ramadhan pula memberi penerangan hati. Sedangkan malam al-Qadar adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah."

"Ya Allah, kau dekatkanlah hatiku kepadaMu, kau panjangkanlah usiaku agar dipertemukan dengan Syaaban dan RamadhanMu"  


wallahu a'lam

Sunday, May 20, 2012

semak

Assalamualaikum ya Akhi ya Ukhti..

Adakah setiap ibadah kita ada halawatul iman?  adakah setiap ibadah kita, solat kita di terima Allah? Allah ta'ala akan dekat dengan hambaNya yang mana hambaNya dekat kepadaNya.

sempurnakan la ibadah mu, solat mu, ketahuilah rukun setiap ibadah mu, jagalah ia seperti mana kamu menjaga setiap barang bernilai mu.

sekadar berkosngi pengalaman bersama sahabat.

"si A menunaikan solat fardu sebagai seorang iman, dan si B sebagai seorang ma'mum, kemudian datang seorang sahabat si C, ingin solat bersama mereka, belum lagi si C mengangkat takbir/menepuk bahu si B, si C terkejut apabila si B mempalingkan kepalanya kearah jam dinding yang berada di sebelah dinding kanan atas".

keatahuilah bahawa, solat yang diterima Allah hanyalah solat yang bagi orang yang menjaga solatnya dengan sempurna yakni tidak melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan solat.

pergerakan yang di maksudkan ialah pergerakan yang di sengajakan yakni tidak bersebab dan melebihi 3 kali pergerakan dalam satu-satu masa.

sebagai contoh memandang ke atas, ke kiri dan kanan, bermain janggut, menggaru tapi tidak gatal, memasukkan jari dalam hidung, telinga, bermain-main dgn bajunya dan sebagainya.

tetapi pergerakan yang bersebab pula seperti membetulkn baju/pakaian,memasang butang lengan baju kemaja,menanggalkan kaca mata, menggaru-garu kerna gatal dan sebagainya.

Cth yang sama ialah Nabi SAW solat dan di waktu yg sama mendukung cucunya Umamah (anak Zainab bte Muhammad) (sayyid sabiq, Fiqh sunnah 2/191)

berkenaan handphone, harus diigat ianya bersebab, maksudnya, andai telefon berbunyi, hendaklah ia mematikan telefon nya, bukan dibiarkan telefon berbunyi sehingga menganggu iman dan ma'mum yang lain. tidak batal solat seseorang yang bergerak dalam solat hanya kerna ingin mematikan telefonnya.

wasalam

Wednesday, May 9, 2012

Duhai pendampingku

Assalamualaikum ya Akhi ya Ukhti..
Duhai pendampingku
akhlakmu permata bagiku

Maafkan aku jika tak bisa sempurna
Karena ku bukan lelaki yang turun dari syurga

Ketulusan hatimu anugerah hidupku

syukur kerana tiada cinta antara kita
sebelum diijabkabul

syariat tetap membatas

cari la cinta idaman
nikmat cinta
iaitu cinta selepas nikah
kerna itu adalah lebih indah

Allah mengiktiraf cinta selepas perkahwinan sebagai yang terbaik dan sumber segala kesenangan dan kasih sayang.

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakanNya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran” (Ar-Rum, Ayat 21).

alhamdulillah.. InsyaAllah. Redha Allah dicari, bukannya kemurkaan Allah..

wasalam

Tuesday, April 24, 2012

Peperiksaan

Assalamualaikum ya Akhi ya Ukhti..

Peperiksaan dan Ujian.
Berbeza dan tidak sama.

Istana dan Teratak.
Sama tapi tidak serupa.

Itulah nilai yang seringkali menjadi keutamaan dalam menilai.


Syukur atas kurniaan nikmatMu, alhamdulillah setelah seminggu berada di teratak T.Tuanku Jaafar, akhirnya telah ku kembali ke T.Jasmin. Indah tidak pada keselesaan, tidak jua pada kesempurnaan, nilai murni jalinan menjadi tanda keikhlasan keselesaan.

Ku terima UjianMu ya Allah, terima kasih atas UjianMu ya Allah, terima kasih jua kerna yakin ku mampu melaluinya.

wasalam

Thursday, March 29, 2012

untukmu

Assalamualaikum ya Akhi ya Ukhti..

Siapalah diri ini,
untuk menjaga dirimu,
apakah layak bagi diri ini, 
untuk menasihati dirimu,

getaran dalam jiwa yang ingin melafazkan, 
yang mampu di laungkan, 
setelah kian lama terbuku di jiwa ini,
Kuharap segalanya diterima kini,

wahai dikau bakal isteri, 
ketahuilah bahawa, 
kamu la tulang rusuk ku yang ku cari,
telah ku temui, 

kerana harta benda nya
kerana keturunan nya
kerana kecantikan nya
dan kerana pegangan agama nya
taklifan buat diri yang bergelar Adam, 
meluruskan tulang rusuk yang ditakdirkan bengkok,

melayari bahtera di nakhoda kan adam, 
bakal imam kepada masjid yang di bina,

diciptakan wanita untuk dilindungi sepenuh hati,

Wanita itu bisa menjadi madu,
Dan wanita juga mampu untuk menjadi racun,
 
"Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah..."


wahai dirimu, ingat lah pesan diri ini,

Jadilah perhiasan dunia, yang mahal di mata kaum adam, 
sirami jiwamu dengan titisan haruman iman, 

kayakan dirimu dengan coretan ilmu,
sebagai petunjuk jalan dalam berbahtera melayar kehidupan duniawi, 

destinasinya menuju ke akhirat sana

Semaikan akhlaqmu dengan benih mahmudah,

jagalah batas pergaulanmu, agar tidak sewenangnya mengegarkan jiwa seorang yang bergelar adam, 

tanpa sedar, dirimu adalah perhatian kaum adam,

jadilah mutiara yang kekal sinar nya di dalam cengkerang,

tidak kembang mekar menjadi tautan burung-burung kepada sang bunga,  

maka terpeliharalah dirimu dari fitnah dunia semata. 

Sekadar coretan dari hamba-Nya yang tidak mengetahui,
Semoga "untukmu" ini diabadikan buat selamanya..

wallahu a'lam 

Friday, March 23, 2012

tika dan saat ini

Assalamualaikum ya Akhi ya Ukhti..

tahniah buat jejaka kacak yang berjaya dalam interview dengan ON Semi minggu lepas; yusri che mee dan amirul abdullah..


aisar dan baul , yakinlah, Allah lebih mengetahui mana yang terbaik ..

14 hari lagi..

masa tidak terasa setiap tukaran saat, minit, jam, hari,minggu..

ketahuilah:

Saidina Uthman bin Affan mampu khatam al-Quran setiap hari pada bulan ramadhan.

walhal punyai 24 jam sama dengan semua hambaNya..

hargai la masa, jagalah masa, setiap saat yang berlalu, adalah sejarah yang abadi dalam setiap hambaNya..

wasalam

Sunday, March 18, 2012

ustaz azhar idrus - Penang

Assalamualaikum ya Akhi ya Ukhti..

usaha gigih ustaz azhar idrus dalam mendakwah sangat mendapat tarikan ramai, siapa sangka kuliah maghrib di hadiri ramai orang setanding orang alpha ke konsert-konsert artis-artis.

gambar : Masjid Negeri Pulau Pinang, 17 Mac 2012

manusia ini perlu di bimbing, kadang terlupa watak dan peranan.. berkerja siang malam, mengumpul harta setinggi bukit,berebut pangkat setinggi Prof..namun tiada pula ramai yang berebut pangkat disisi Allah, mempelajari ilmu-ilmu Allah.

 ingatan buat kaum-kaum adam

Adam,
Kau diberi amanah mendidik mereka. Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga mereka, memperhatikan dan mengawasi mereka agar redha Allah sentiasa menaungi. Duhai Adam, lihatlah kini, sedikit sahaja kaum adam yang menghormati mereka.

Adam,
kau selalu berkata, Hawa memang degil! Tidak mau dengar kata! Tidak mudah makan nasihat! Kepala batu! Tetapi duhai Adam, Seharusnya kau bertanya kepada dirimu, Siapakah teladanmu? Siapakah rujukanmu? Dalam mendidik mereka yang lemah itu. Adakah teladanmu Muhammad s.a.w? Adakah rujukanmu Muhammad s.a.w? Adakah akhlak-akhlakmu boleh dijadikan contoh buat kami kaum Hawa?

Adam,
Sebenarnya kaulah imam dan mereka adalah makmummu. mereka adalah pengikutmu-pengikutmu Karena kaulah amir. Jika kau benar maka benarlah mereka. Jika kau lalai,lalailah mereka. Lupakah kau duhai Adam? Kau punya satu kelebihan anugerah Allah. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Dan mereka, akal satu nafsu beribu! 

Dari itu Adam,
gunakanlah ketinggian akalmu untuk membimbing mereka. Pimpinlah tangan mereka karena mereka sering lupa dan lalai. Seringkali mereka tergelincir. Bimbing dan bantulah mereka dalam menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah mereka kalimah syahdu dari Allah agar dunia mereka sentiasa dijalan rahmah. Tiupkanlah roh jihad ke dalam dada mereka agar mereka mampu tetap menjadi mujahidah kekasih Allah subhana wata'ala.

wasalam

villa itu

Assalamualaikum ya Akhi ya Ukhti..

wikend yang ke 3 t'akhir di penang..

hanya di temani Mr B siang malam ..

sambil-sambil cari idea siapkan 1 lagi paper,,

t'ingat nk upload picture teratak di seremban kelak..

alhamdulillah ni la rumah yang bakal menemani diri ni sepanjang menjadi sebahagian dari keluarga ON semi, seremban.. 


Engineer 1 ?.. bila la agak nya boleh jadi manager kan?.. haha, takpe la.. yakin la dengan rezeki Allah ta'ala..

next plan ;

Lokasi ; Seremban
Jenis ; Semi D
*investment bagus kalau beli rumah awal-awal ni.. kalau nak kawin, dah ada rumah, kalau agak-agak lokasi tak sesuai dengan tempat kerja suami/isteri, boleh jual balik, harga mesti tinggi.. takkan jatuh..  so, ur choice.. :)

wasalam

Saturday, March 17, 2012

sehari b'sama jejaka kacak

Assalamualaikum ya Akhi ya Ukhti..

07.30 am ; bertolak dari nibong tebal

08.45 am ; as expected, stuck ..

09.30 am : g-hotel, gurney plaza < punctual la jgk, another half an hour b4 start>
  
tahniah abe-abe ensem bawah ni..





04.30 ; done..

"......dan tiada satu pun makhluk bergerak di bumi melainkan dijamin Allah rezekinya" (Surah Hud, ayat 6).

06.00 ; bukit jambul mall

sorang lagi jejaka kacak menanti kami..


good friends are like stars, you don't always see them, but you know they're always there.. 

08.00 pm ; penang to perda..

dinner ; credit to mirul driff ; pertama kali dapat makan n.g.u paling best!! :)

10.00 pm ; desa utama.. full stop.. recharge energy..

 view from G-Hotel (next to Gurney Plaza)

wasalam

Wednesday, March 14, 2012

life must goes on..

Assalamualaikum ya Akhi ya Ukhti..

yang bertemu pasti berpisah
yang berpisah pasti berganti
namun yang berganti xkan sama dengan yang terpisah

setiap manusia ada perancangan
Allah jua ada perancangan
sesungguhnya ketahuilah

perancangan Allah itu adalah lebih indah

Terima kasih..
Terima kasih kerna memberi ku ruang dalam menimba ilmu
Terima kasih kerna memberi ku tempat untuk berteduh
Terima kasih kerna memberi ku cabaran mendatang
Terima kasih kerna memberi ku erti mengenal hidup

Tidak ku lupa segala jasa..
Tidak ku lupa segala kenangan..
Tidak ku lupa di mana mula ku berjalan
&
Terima kasih kerna peluang ini.. 


Walau hati berat menerima, walau diri enggan bertindak
tapi ketahuilah jauh di atas sana
Dia telah mengatur yang terbaik untuk kita

Peluang itu datang tanpa di duga
pergi tanpa di minta

saya hargai nya.. sangat-sangat.. 

semoga di permudah segalan urusan

wallahu a'lam 





Wednesday, February 22, 2012

melangkah

Assalamualaikum ya Akhi ya Ukhti..

Alif.. Ba.. Ta..

1.. 2.. 3..

kringggggg!!

yeay loceng bunyi!! abes kelas!! jom balik!! 

teringat zaman kocik dulu.. anak-anak kecil yang penuh tawa riang gelak tawa tanpa sebarang masalah membelengu diri..

tiada perlu keluar bekerja seawal 8 pagi..
tiada perlu kembali ke rumah selewat 6 ptg..

tiada perlu berfikir 101%..

slapppp!!(tamparan menyedarkan ku)  helo se1saat!! wake up!! u r nw 24 years old!!

u should ..

keluar bekerja seawal 7 pagi..
kembali ke rumah selewat 12 malam..

perlu berfikir 101++%..

ye.. I realize, I'm 24 years old..
perjalanan jauh, merentasi alam/pentas sementara Dia.. langkah demi langkah mematangkan diri.. dari tadika melangkah ke sek rendah, kemudian berjalan ke sek menengah, selepas itu berlari ke matrikulasi, dan akhirnya terbang jauh ke universiti..

syukur atas rahmat dan peluang/rezeki yang Dia kurniakan ini..

dengan berbekalkan doa yang x pernah putus dari family dan semangat diri akhirnya tiba ke permulaan DEWASA..

perancangan itu perlu.. kerna..

"tidak ku mahu Jalan itu membawaku.. malah ku ingin memilih Jalan ku.. kerna ku punya impian.."

thanks Allah coz..

alwiz by my side..

give me chance to write here..

and syukur padaMu kerna..

mengurniakan rezeki dengan pekerjaan yang halal ini kerana Mu..

dan memudahkan jalanku mengapai impian ku..

another step to complete my life and to complete agamaku..

Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang hamba menikah, maka telah sempurnalah setengah agamanya. Maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah pada setengah yang lain.”

 -melangkah dengan penuh sabar tanpa kenal erti putus asa ; thumb's up!!-


wallahu a'lam



Tuesday, February 21, 2012

5 times a day

Assalamualaikum ya Akhi ya Ukhti..


wallahu a'lam

ikhlas itu suatu rahsia

Assalamualaikum ya Akhi ya Ukhti..

ada yang kata,

Ikhlas itu,
bila kita buat sesuatu
kita tidak harap kan apa-apa balasan.

Ikhlas itu,
membuat/memberi dengan sukarela.

Ikhlas itu,
bersih/murni,
ibarat air jernih



tidak bercampur apa-apa.

Ikhlas itu,
bila kita buat apa-apa,
Hanya kerana Allah.

Sungguh.

bila kita buat dengan rela hati, dengan tidak mengharapkan apa-apa balasan, hanya niat kerana Allah, insyAllah segalanya menjadi mudah..




tetapi, dalam benak hati kecil kita, selalu tertanya-tanya..


'Ikhlas ke aku?'

'Ikhlas ke dia?'

ada yang kata..

'Saya ikhlas'

Mereka selalu persoalkan,

'Ikhlas ke? atau ' 'Macam tak ikhlas je'

Sepertinya pada mereka ada penimbang pengukur ikhlas.

Ikhlas itu susah sayang..

Ikhlas itu milik Allah,

Firman Allah,

'Ikhlas itu satu rahsia dalam rahsia-Ku,
Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaKu yang Aku
kasihi.'
(Hadis Qudsi).

Menuju ikhlas itu bermula bila segala hanya kepadaNYA
Dengan tunduk, tawadhuk, malu, takut, risau, cemas, kasih, cinta.
Hanya kepadaNYA

“Sesungguhnya Allah Taala tidak memandang
gambaran lahir kamu tapi dia melihat apa yang ada di
dalam hati kamu.” 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

wallahu a'lam

Thursday, February 16, 2012

Dream 2012 !!

Assalamualaikum ya Akhi ya Ukhti..
  
"If you have the power to dream it then you have the power to achieve it"


Ir. Nazirul Izzat Mohd. Arifen
  
"What a mind can conceive and believe, it can achieve"

~insyAllah ~


Wednesday, February 15, 2012

14 februari

Assalamualaikum ya Akhi ya Ukhti..


“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah Al-An’am : 116)

valentine day! itu yang kini mempengaruhi remaja-remaja yang bercinta yang mana mereka beranggapan itu adalah hari berkasih sayang!

tahukah anda apakah sejarah valentine day itu?

Valentine sebenarnya adalah seorang..
martyr (dalam Islam disebut 'Syuhada') yang kerana kesalahan &
'dermawan' maka dia diberi gelaran Saint atau Santo.
 
Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M).

Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.
 
Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. 

Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.
 
Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta 'supercalis'  kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. 

Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.
 
Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. 

Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. 

Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh pengertiannya(jauh dari erti yang sebenarnya). 
  
Dari sini dapat diambil kesimpulan bahwa moment(hal/saat/waktu) ini hanyalah tidak lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak 'akidah' muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat  dengan kedok percintaan(bertopengkan percintaan), perjodohan dan kasih sayang.
di harap sama-sama la kita dapat mengelak dari terjerumus ke arah pengaruh sebegini. kita hanya manusia yang lemah.

wallahu a'lam