Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?
Jawapan
Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.
Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."
"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.
Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.
Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?
Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?
Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.
Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar.
Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.
"Jangan samakan tunang dari segi adat dengan tunang dari segi syarak. Ramai di antara kita tahu tentang tunang dari segi adat; ada hantaran dan ada cincin. Sedangkan itu bukan syarat sah tunang. Cincin dalam pertunangan ibarat memakai jubah ketika solat. Ia bukanlah suatu kemestian untuk pakai jubah ketika solat, tetapi ia sudah jadi kebiasaaan. Itu sahaja. Tak ada jubah, tak bermakna tak sah solat."
owh..btul ke?
ReplyDeletejd kalo ada org yg masuk meminang lepas tu org tu kire berdosa la ye?
haram bg seseorg tu meminang pmpuan yg telah menjadi tunangan orang..
yw.. betul tu.. memang berdosa andai lelaki meminang perempuan yang dh jadi tunang orang.. tp kalau laki tu x taw pn tu dh tunang x mengapa..
ReplyDeletenk mintak izin share bleh?
ReplyDeletewith pleasure cik zaza..
ReplyDeletesalam.. em, lau stakat ajak bkapel n pompuan stuju.. tu kire pertunangn x?
ReplyDeletesaya pun nak mintak izin share...
ReplyDeletepertunangan hanya sah sekira nya perempuan bersetuju menjadi isteri kepada lelaki..
ReplyDeleteshare la.. asal kn ia nya bertujuan kebaikan.. ;)
betol ke semua ni? mak saya ckap tak betol. nak tahu sgt sama ada btol ke tak .
ReplyDeletebetol ke semua ni? mak saya ckap tak betol. nak tahu sgt sama ada btol ke tak .
ReplyDeletekapel utk tujuan ape???
ReplyDeletebetol la ni..ustaz azhar yg gtau..
tgk link ni..
http://www.youtube.com/watch?v=k73Cv3K6dY0
kapel utk tujuan apew???
ReplyDeletebtol la ni..ustaz azhar idrus gtau..
tgk link ni..
http://www.youtube.com/watch?v=k73Cv3K6dY0