Assalamualaikum ya Akhi ya Ukhti..
alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kita masih di beri peluang terus menikmati nikmat di atas segala pinjaman yang Esa sampai ke hari ini.
Isra' Mikraj, hari di mana hari RASULULLAH saw mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh Jibril,
Mika`il dan satu malaikat yang lain. Hati Baginda saw. dicuci dengan
air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) yaitu tempat syaitan
membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke
dalam dada Rasulullah saw.
Selesai pembedahan, didatangkan
binatang Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar
biasa yang dinamakan "Isra' " Isra' (Perjalanan dari Masjidil-Haram
ke Masdil-Aqsa)
Sepanjang perjalanan (Isra') itu Rasulullah saw. diiringi (ditemani)
oleh Jibril a.s dan Israfil a.s.
Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-
tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah diarah oleh Jibril supaya
berhenti dan bersembahyang dua rakaat.
Antara tempat- tempat berkenaan
ialah: Madyan dan Tursina, yaitu tempat nabi Musa as berbicara (munajat)
dengan Allah dan Baitul-Laham (tempat nabi 'Isa a.s dilahirkan).
Dalam
perjalanan itu juga baginda Rasulullah saw. menghadapi gangguan jin
'Ifrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa
simbolik yang amat ajaib.
Antaranya : Kaum yang sedang bertanam dan
terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang
baru keluar semula seolah- olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku
berulang-ulang. Raslulullah saw dibertahu oleh Jibril : Itulah kaum yang
berjihad fisabilillah yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700
kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
Tempat yang berbau
harum. Rasulullah saw. diberitahu oleh Jibril a.s : Itulah bau kubur
Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan
anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman
ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada
Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai tuhan).
sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali
dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian
dilakukan berkali-kali. Jibril meberitahu Rasulullah : Itulah
orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
Sekumpulan
orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan
secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan
bara api dan batu neraka jahannam. Kata Jibril : Itulah orang-orang yang
tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
Satu kaum, lelaki dan perempuan,
yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak dan elok
ada di sisi mereka. Kata Jibril: Itulah lelaki dan perempuan yang
melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing
mempunyai isteri / suami.
Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan
dilontarkan batu. Kata Jibril : Itulah orang yang makan riba`.
Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya,
tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibril : Itulah orang tak dapat
menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
Satu kaum yang
sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi
berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali
seperti biasa. Kata Jibril: Itulah orang yang membuat fitnah dan
mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
Kaum yang
mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibril:
Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan
maruah (mencela, menghinakan) orang.
Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat
dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibril : Itulah orang yang bercakap
besar (Takabbur).
Seorang
perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah
tidak memperdulikannya. Kata Jibril : Itulah dunia. Jika Rasulullah
memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia
daripada akhirat.
Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan
menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah saw tidak menghiraukannya. Kata
Jibril: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
Tiba
di masjid al-Aqsa, Rasulullah saw. turun dari buraq. Kemudian masuk ke
dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia`
dan mursalin menjadi ma`mum.
Rasulullah saw terasa dahaga, lalu dibawa
Jibril dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu
lalu diminumnya. Kata Jibril: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika
arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
Mi'raj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut).
Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Wallahu a'lam.
cantik nye pics..
ReplyDeleteterjumpa picture ni balik.. rindu penang la plak.. hee
Delete