Sunday, May 20, 2012

semak

Assalamualaikum ya Akhi ya Ukhti..

Adakah setiap ibadah kita ada halawatul iman?  adakah setiap ibadah kita, solat kita di terima Allah? Allah ta'ala akan dekat dengan hambaNya yang mana hambaNya dekat kepadaNya.

sempurnakan la ibadah mu, solat mu, ketahuilah rukun setiap ibadah mu, jagalah ia seperti mana kamu menjaga setiap barang bernilai mu.

sekadar berkosngi pengalaman bersama sahabat.

"si A menunaikan solat fardu sebagai seorang iman, dan si B sebagai seorang ma'mum, kemudian datang seorang sahabat si C, ingin solat bersama mereka, belum lagi si C mengangkat takbir/menepuk bahu si B, si C terkejut apabila si B mempalingkan kepalanya kearah jam dinding yang berada di sebelah dinding kanan atas".

keatahuilah bahawa, solat yang diterima Allah hanyalah solat yang bagi orang yang menjaga solatnya dengan sempurna yakni tidak melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan solat.

pergerakan yang di maksudkan ialah pergerakan yang di sengajakan yakni tidak bersebab dan melebihi 3 kali pergerakan dalam satu-satu masa.

sebagai contoh memandang ke atas, ke kiri dan kanan, bermain janggut, menggaru tapi tidak gatal, memasukkan jari dalam hidung, telinga, bermain-main dgn bajunya dan sebagainya.

tetapi pergerakan yang bersebab pula seperti membetulkn baju/pakaian,memasang butang lengan baju kemaja,menanggalkan kaca mata, menggaru-garu kerna gatal dan sebagainya.

Cth yang sama ialah Nabi SAW solat dan di waktu yg sama mendukung cucunya Umamah (anak Zainab bte Muhammad) (sayyid sabiq, Fiqh sunnah 2/191)

berkenaan handphone, harus diigat ianya bersebab, maksudnya, andai telefon berbunyi, hendaklah ia mematikan telefon nya, bukan dibiarkan telefon berbunyi sehingga menganggu iman dan ma'mum yang lain. tidak batal solat seseorang yang bergerak dalam solat hanya kerna ingin mematikan telefonnya.

wasalam

No comments:

Post a Comment