Tuesday, February 21, 2012

ikhlas itu suatu rahsia

Assalamualaikum ya Akhi ya Ukhti..

ada yang kata,

Ikhlas itu,
bila kita buat sesuatu
kita tidak harap kan apa-apa balasan.

Ikhlas itu,
membuat/memberi dengan sukarela.

Ikhlas itu,
bersih/murni,
ibarat air jernih



tidak bercampur apa-apa.

Ikhlas itu,
bila kita buat apa-apa,
Hanya kerana Allah.

Sungguh.

bila kita buat dengan rela hati, dengan tidak mengharapkan apa-apa balasan, hanya niat kerana Allah, insyAllah segalanya menjadi mudah..




tetapi, dalam benak hati kecil kita, selalu tertanya-tanya..


'Ikhlas ke aku?'

'Ikhlas ke dia?'

ada yang kata..

'Saya ikhlas'

Mereka selalu persoalkan,

'Ikhlas ke? atau ' 'Macam tak ikhlas je'

Sepertinya pada mereka ada penimbang pengukur ikhlas.

Ikhlas itu susah sayang..

Ikhlas itu milik Allah,

Firman Allah,

'Ikhlas itu satu rahsia dalam rahsia-Ku,
Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaKu yang Aku
kasihi.'
(Hadis Qudsi).

Menuju ikhlas itu bermula bila segala hanya kepadaNYA
Dengan tunduk, tawadhuk, malu, takut, risau, cemas, kasih, cinta.
Hanya kepadaNYA

“Sesungguhnya Allah Taala tidak memandang
gambaran lahir kamu tapi dia melihat apa yang ada di
dalam hati kamu.” 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

wallahu a'lam

No comments:

Post a Comment