Sunday, March 27, 2011

kepada Dia la jua kita di kembali kan

assalamualaikum..

apa guna klu fizik, kimia, matematik tambahan A++, andai Bahasa Melayu fail?? x lulus terus spm, xdak guna fizik, kimia, matematik tmbhn A++, rosak segala nya, bahasa melayu sgt penting dlm SPM...sama la kita, apa guna mngejar kekayaan dunia semata2 andai iman kita lemah/xdak.. 
 
sewaktu seserorang meninggal kn kita, dan Allah lbey syg kepada nya, talkin di baca di tanah kubur..

**baca lah dengan perlahan, faham dan ingat, insyAllah melembutkan hati yg keras, tubuh yang malas beribadah, lidah yg ingkar serta diri yng sering lupa yang ianya dihidupkan hanya untuk sementara**


Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainka! n zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.
"Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?"

soalan berkaitan iman yg akan di tanya di dalam kubur nt.. bukan nya kekayaan dunia di alam nyata.. 


sama2 la kita meningkat kan iman, dunia sekarang,  berapa ramai yang tinggal kan solat?andai solat pun, belum tentu sempurna, mengapa perlu biadap di depan Allah?..

timbul kn la kerisaun dalam diri kita, taqwa la kepada Allah..jaga lah iman kita, pertingkat kan la iman kita, bersyukur la kita keran lahir nya kita, kita beragama islam..


  "...Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah orang yg 
                                       lebih taqwanya antara kamu,bukan yg lebih keturunan
                                               atau bangsanya..."(Surah al-Hujurat:13)
wahallahualam


No comments:

Post a Comment