salam n hye..
bercakap soal tujuan hidup, ada pelbagai jawapan, sama ada, ingin menjadi seorang hartawan, ataupun memiliki sebuah keluarga yang aman dan sebagai nya..
tetapi sedar atau pun tidak, ade tujuan yang lebih penting dalam melaui dunia yang fana ini.. manusia sering kali alpha dan sambil lewa dalam mencapai nya..
di alam universiti, setiap mahasiswa mahasiswi bertungkus lumus bagi mendapat kan pointer cgpa 3.0 above, semata-mata hendak mendapat kan kerja bagi menjamin masa depan,
dan kenapa tidak kita bertungkus lumus dalam merebut peluang untuk mendapat kan pahala yang menjanji kn kita syurga kelak nt?
ye, betul kita melakukan segala perintah nya, solat dan sebagai nya, tetapi tahu kah kita, adakah amalan kita di terima atau tidak?
sebagai contoh jangan lah kita solat hanya kerana rakan-rakan kita solat, dan hanya kerana tahu solat itu wajib, solat harus lah di laku kan dengan sempurna agar solat kita di terima..
soalan saya, adakah jiwa kita lapang setelah solat cukup 5 waktu?
Jiwa lapang adalah tanda kemanisan iman dicapai
SAYA selalu mendengar cerdik pandai agama berkata mengenai manisnya iman. Namun, apa yang saya alami, amat susah hendak merasai kemanisan iman itu. kebanyakan antara kita merasakan beberapa tindakan amalan membebankan dan mengganggu jadual kerja.
Kelazatan iman tidak boleh dirasai jika kita tidak memulakan langkah untuk memahami hikmat di sebalik setiap apa yang kita lakukan, mengapa dan bagaimana kita lakukannya. Kesedaran diri adalah kata awalan terhadap setiap amalan yang kita buat.
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.” (Muttafaq alaih)
Anas berkata, “Aku melayani Rasulullah SAW selama sepuluh tahun, Baginda tidak pernah memukulku, tidak pernah mencelaku dan tidak pernah bermuka masam di hadapanku. Rasulullah SAW mendoakan Anas dikurnia harta dan anak yang ramai dan doa Baginda dikabulkan Allah.
Makna hadis ini, ada tiga sifat yang jika ada pada seseorang maka orang itu akan berasakan manisnya iman. Manisnya iman adalah rasa nikmat ketika melakukan ketaatan kepada Allah, ketenangan jiwa, kesenangan hati dan lapangnya dada.
Al-Imam Ibnu Hajar al-Asqalani berkata, “Syaikh Abu Muhammad bin Abu Hamzah berkata: “Pengungkapan dengan lafaz ‘manis’ kerana Allah mengumpamakan iman seperti pohon, seperti di dalam firman-Nya bermaksud: “Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik.” (Surah Ibrahim, ayat 24)
Kalimat yang baik adalah kalimat ikhlas, kalimat tauhid, sedangkan pohon adalah pokok daripada keimanan, cabangnya adalah menjalankan perintah dan menjauhi larangan, daun-daunnya adalah segala amal kebaikan yang harus diperhatikan seorang mukmin, dan buahnya adalah segala macam bentuk ketaatan.
Manisnya buah ketika buah sudah matang, dan puncak daripada rasa manis itu adalah apabila buah telah benar-benar masak. Maka ketika itulah akan terasa manisnya buah itu.
..wahallahualam..
No comments:
Post a Comment