Thursday, January 6, 2011

Usahlah kerana 'perasaan', kita hilang perasaan

salam n hye..

Perasaan marah, perasaan benci , perasaan dendam, perasaan menyampah, perasaan meluat, perasaan ini , perasaan itu, dan pebagai perasaan yang seolah-olah tiada perkataan yang dapat menggambarkan perasaan sebenar kenapa kita sampai sebegini jadinya.


Atau pernahkah sahabat mengalami seolah-olah timbul suatu perasaan yang sukar digambarkan yang terbit dari hati?

Perasaan suka, perasaan sayang,perasaan kasih, perasaan minat ,perasaan malu bila terjumpanya, perasaan terasa ingin mengenalinya, atau lebih mudah kata perasaan cinta. perasaan yang kata orang, bila kita mengalaminya, seolah-olah dunia ini kita yang punya!

Kadangkala, kerna perasaan tertentu inilah, kita hilang 'perasaan'.

Kerana marahnya kita pada sesuatu, kita mengabaikan sesuatu yang lebih penting. Dan saya sendiri hilang sahabat, hilang kawan kerana perasaan. Ada antaranya kerna salah saya sendiri untuk direnung kembali namun yang lebih saya sesalkan jika ia datang dari kawan atau sahabat yang istimewa bagi saya.

No comments:

Post a Comment