salam n hye..
Antara aspek kehidupan yang ditekankan oleh Islam adalah persaudaraan ataupun persahabatan.
Anas Ibn Malik pernah meriwayatkan hadis yang bermaksud :
"Dan tidak beriman seseorang daripada kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri"
Hadis ringkas ini cukup mudah untuk difahami dimana Islam sangat menekankan ikatan persaudaraan sesama Muslim.
Kita sangat digalakkan untuk menyambung silaturrahim yang terputus dan juga ditegah untuk tidak bertegur sapa sesama kita lebih daripada 3 hari.
Kekuatan Islam pada hari ini terletak pada kekuatan silaturrahim sesama kita.
Jika sesama muslim pun kita sering berpecah belah dan bertegang leher, maka sukarlah untuk kita menewaskan musuh utama kita yang sudah dijelaskan di dalam Al-Quran iaitu yahudi laknatullah yang sangat bersatu-padu untuk menghancurkan umat Islam.
No comments:
Post a Comment