Saturday, February 27, 2010

Warkah kepada lelaki dari hati wanita ~

...::: no long distance 'bout lav b'cos it alwes finds a way to bring hearts together, no matter how many miles we r apart :::...

Mujahid yang berada dalam doaku…


Akulah si tulang bengkok yang digubah dari rusuk kirimu melalui perasaan yang mengatasi akal fikiran. Lantaran itu, engkau satu-satunya kejadian ciptaan Tuhan yang ditakdirkan untuk memimpinku melalui iman dan amal solehmu.
Betapa aku jua menangisi keporak perandaan akhlakmu yang tidak mampu menjadi imamku; di mana-mana sahaja sapaanmu melunturkan harapan insan selemahku..alangkah pilunya hatiku…


Duhai lelaki yang kunobatkan sebagai Rijal sepanjang jalan….
Seandainya jalanku tidak lurus saat ini, salahkah aku mengharapkan engkau memimpinku kepadaNya dengan ketaqwaanmu sebagai hamba yang menginsafi tanggungjawab mentadbir dunia?? Seandainya lautan akhlakku bergelora dengan ombak kemaksiatan, izinkanlah aku memohon engkau menjadi pewaris a’bidin yang lidahnya sentiasa basah menyebut nama Tuhan.


Bangkitlah duhai insan yang bergelar lelaki; engkaulah yang berada dalam doaku...jua harapan hati kudusku dalam menyemarakkan jailul-Islam.


Maafkan daku dalam melontarkan kata-kata dan harapan ini…namun aku tidak ingin tertewas dengan gelojak mehnah sepanjang jalan ini sendirian, pimpinlah daku kepada Tuhan…bantulah daku dalam mendapat Syurga dan pengampunan Allah…aku tidak mahu menangis dengan tangisan yang tiada nilaian pada pandangan Allah….


Namun...aku tidak sekali2 redha diriku menjadi fitnah..fitnah bg seorang lelaki.jgn lah memuja ku di dalam diam.hadirlah..datanglah dalam keadaan mulia dan terpuji..melalui jln yg diredhai kerana aku masih punya harga diri..


ingatlah...kau rijal yg dikarang.kau rijal harapan..kau punya tanggungjawab
pergilah..pergilah tunaikan tanggungjawab itu..
kerana janjiNya pasti...
 

No comments:

Post a Comment