Saturday, February 27, 2010

masa silam...tiada esok tanpa semalam..

...::: no long distance 'bout lav b'cos it alwes finds a way to bring hearts together, no matter how many miles we r apart :::...

Di suatu sudut, kelihatan seorang lelaki terisak-isak menangis kesedihan. Keadaan itu pasti dapat dilihat oleh orang lain. Semua orang sudah maklum, siapakah gerangannya yang menangis itu serta kenapakah ia mengalirkan air mata kesedihan. Itulah dia seorang sahabat Nabi yang begitu tegas orangnya, Umar al-Khatab. Menangisi masa lalunya, kesilapan besar yang telah dilakukannya dizaman jahiliyah. Satu-satunya kesalahan yang begitu membekas dalam hatinya.


Mengimbau semula kejadian lalu. Terbayang diruang matanya, si comel yang turut lincah membantu ayahnya menggali lubang di padang pasir itu. Tidak sekadar membantu, dia juga turut membersihkan butiran-butiran pasir di janggut dan muka ayahnya. Betapa mendalamnya kasih seorang anak kepada ayahnya, tanpa dia mengetahui tujuan lubang itu digali.

Kedengaran teriakan sang anak setelah ditolak ke dalam lubang tersebut. Tapi hati yang keras itu, terus berlalu tanpa kesedihan dan tanpa menoleh kebelakang. Betapa kejamnya seorang ayah membunuh hidup-hidup anak perempuannya.




Itulah peristiwa yang menyebabkan seorang yang begitu dikenali kerana ketegasannya menangis. Menangis menginsafi kesilapan dan kesalahan yang lalu. Walau menangis air mata darah pun anak yang dibunuh pasti tidak akan kembali.

Waktu terus berdetik. Sosok peribadi itu kini kian dikenali masyarakat Arab. Enam tahun selepas Rasulullah SAW dilantik menjadi Rasul, benih keimanan tersemai teguh dihatinya. Bersama Hamzah dengan lantang mengisytiharkan keislamannya. Sejak detik itu, Islam mula diperjuangkan terang-terangan. Berpegang teguh dengan tali Islam, membawa peribadi ini kepada peribadi agung pejuang agama. Terkenal dikalangan sahabat selepas Abu Bakar, dilantik menjadi Khalifah kedua sesudah kewafatan Rasulullah dan termasuk dikalangan 10 sahabat yang dijamin syurga.

Begitulah, setiap manusia bangun dari kesalahan masa lalu. Masa lalu boleh terus dilupakan, tapi tak mungkin dapat ditiadakan dalam episod ukiran sejarah kehidupan. Dari sebuah kesilapan, bangkit membina kekuatan dan memperbaikinya sehingga seterusnya memperoleh kejayaan.

Itulah dia seorang mukmin, membina kejayaan dari kesilapan-kesilapan silam. Bukan terus melakukan kesilapan tanpa memperbaikinya. Begitu juga hidayah yang telah diterima. Bersyukurlah andai dipilih oleh Allah untuk menerima hidayah-Nya. Bersyukurlah andai dipilih oleh Allah untuk membawa dan memperjuangkan agama-Nya. Bersyukurlah masih diberikan nikmat kehidupan untuk melayangkan sepenuh ketaaatan kepada sang Pencipta. Bangunlah, bangkitlah....jangan biarkan masa lalu mengelabui masa hadapan, tetapi pandanglah pengajaran yang dapat diambil dari masa lalu, kerana tiada hari esok tanpa semalam........

No comments:

Post a Comment