Wednesday, February 22, 2012

melangkah

Assalamualaikum ya Akhi ya Ukhti..

Alif.. Ba.. Ta..

1.. 2.. 3..

kringggggg!!

yeay loceng bunyi!! abes kelas!! jom balik!! 

teringat zaman kocik dulu.. anak-anak kecil yang penuh tawa riang gelak tawa tanpa sebarang masalah membelengu diri..

tiada perlu keluar bekerja seawal 8 pagi..
tiada perlu kembali ke rumah selewat 6 ptg..

tiada perlu berfikir 101%..

slapppp!!(tamparan menyedarkan ku)  helo se1saat!! wake up!! u r nw 24 years old!!

u should ..

keluar bekerja seawal 7 pagi..
kembali ke rumah selewat 12 malam..

perlu berfikir 101++%..

ye.. I realize, I'm 24 years old..
perjalanan jauh, merentasi alam/pentas sementara Dia.. langkah demi langkah mematangkan diri.. dari tadika melangkah ke sek rendah, kemudian berjalan ke sek menengah, selepas itu berlari ke matrikulasi, dan akhirnya terbang jauh ke universiti..

syukur atas rahmat dan peluang/rezeki yang Dia kurniakan ini..

dengan berbekalkan doa yang x pernah putus dari family dan semangat diri akhirnya tiba ke permulaan DEWASA..

perancangan itu perlu.. kerna..

"tidak ku mahu Jalan itu membawaku.. malah ku ingin memilih Jalan ku.. kerna ku punya impian.."

thanks Allah coz..

alwiz by my side..

give me chance to write here..

and syukur padaMu kerna..

mengurniakan rezeki dengan pekerjaan yang halal ini kerana Mu..

dan memudahkan jalanku mengapai impian ku..

another step to complete my life and to complete agamaku..

Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang hamba menikah, maka telah sempurnalah setengah agamanya. Maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah pada setengah yang lain.”

 -melangkah dengan penuh sabar tanpa kenal erti putus asa ; thumb's up!!-


wallahu a'lam



Tuesday, February 21, 2012

5 times a day

Assalamualaikum ya Akhi ya Ukhti..


wallahu a'lam

ikhlas itu suatu rahsia

Assalamualaikum ya Akhi ya Ukhti..

ada yang kata,

Ikhlas itu,
bila kita buat sesuatu
kita tidak harap kan apa-apa balasan.

Ikhlas itu,
membuat/memberi dengan sukarela.

Ikhlas itu,
bersih/murni,
ibarat air jernih



tidak bercampur apa-apa.

Ikhlas itu,
bila kita buat apa-apa,
Hanya kerana Allah.

Sungguh.

bila kita buat dengan rela hati, dengan tidak mengharapkan apa-apa balasan, hanya niat kerana Allah, insyAllah segalanya menjadi mudah..




tetapi, dalam benak hati kecil kita, selalu tertanya-tanya..


'Ikhlas ke aku?'

'Ikhlas ke dia?'

ada yang kata..

'Saya ikhlas'

Mereka selalu persoalkan,

'Ikhlas ke? atau ' 'Macam tak ikhlas je'

Sepertinya pada mereka ada penimbang pengukur ikhlas.

Ikhlas itu susah sayang..

Ikhlas itu milik Allah,

Firman Allah,

'Ikhlas itu satu rahsia dalam rahsia-Ku,
Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaKu yang Aku
kasihi.'
(Hadis Qudsi).

Menuju ikhlas itu bermula bila segala hanya kepadaNYA
Dengan tunduk, tawadhuk, malu, takut, risau, cemas, kasih, cinta.
Hanya kepadaNYA

“Sesungguhnya Allah Taala tidak memandang
gambaran lahir kamu tapi dia melihat apa yang ada di
dalam hati kamu.” 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

wallahu a'lam

Thursday, February 16, 2012

Dream 2012 !!

Assalamualaikum ya Akhi ya Ukhti..
  
"If you have the power to dream it then you have the power to achieve it"


Ir. Nazirul Izzat Mohd. Arifen
  
"What a mind can conceive and believe, it can achieve"

~insyAllah ~


Wednesday, February 15, 2012

14 februari

Assalamualaikum ya Akhi ya Ukhti..


“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah Al-An’am : 116)

valentine day! itu yang kini mempengaruhi remaja-remaja yang bercinta yang mana mereka beranggapan itu adalah hari berkasih sayang!

tahukah anda apakah sejarah valentine day itu?

Valentine sebenarnya adalah seorang..
martyr (dalam Islam disebut 'Syuhada') yang kerana kesalahan &
'dermawan' maka dia diberi gelaran Saint atau Santo.
 
Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M).

Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.
 
Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. 

Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.
 
Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta 'supercalis'  kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. 

Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.
 
Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. 

Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. 

Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh pengertiannya(jauh dari erti yang sebenarnya). 
  
Dari sini dapat diambil kesimpulan bahwa moment(hal/saat/waktu) ini hanyalah tidak lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak 'akidah' muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat  dengan kedok percintaan(bertopengkan percintaan), perjodohan dan kasih sayang.
di harap sama-sama la kita dapat mengelak dari terjerumus ke arah pengaruh sebegini. kita hanya manusia yang lemah.

wallahu a'lam