Saturday, November 6, 2010

nota buat insan bernama sahabat...

sahabat..
aku ingin ....
sahabat tersayang
aku ingin kita seperti Abu Bakar Al Siddiq
persahabat dijalin kerana al Khaliq
harta dikorban bukan sedikit
cintakan kebenaran sanggup bersakit



serta tawakkal Ibrahim mulia

ketika meninggalkan insan tercinta
dibumi tandus tanpa bicara
meyakini Allah sebagai Penjaga

aku impikan antara kita seorang Umar

berdiri tatkala tunduknya manusia
bersuara tatkala diamnya mereka
menggerunkan musuh durjana

serta senyuman Syed al Qutb

ketika berhadapan dengan tali maut
akidah mantap tidak terenggut
roh dakwahnya tidak surut

aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair

menahan panahan Hajjaj dengan rela
bersma si ibu tua
lantas syahid,rohnya ke syurga

marilah kita menyemai benih Hassan al Banna

fikrahnya jernih menggegar dunia
merelakan tubuhnya dimamah peluru
demi menegakkan kalimah Allah dan Rasul

Aku cintakan pemuda Giffari

menentang kezaliman walaupun diancam
moga kan lahir lagi di abad ini
jiwa jitu pemuda yang tak pernah suram

aku ingin kita sepemaaf Yusuf

tetap mencintai saudaranya
walaupun dihumban ke perigi tua
terpisah dari ayahanda bertahun lama

Aku ingin pusara kita harum mewangi

bagai harumnya pusara Masyitah
semerbak kasturi

aku ingin persahabatan indah ini

bisa menjadi saksi
di mahkamah Mahsyar nanti....

No comments:

Post a Comment