Wednesday, May 9, 2012

Duhai pendampingku

Assalamualaikum ya Akhi ya Ukhti..
Duhai pendampingku
akhlakmu permata bagiku

Maafkan aku jika tak bisa sempurna
Karena ku bukan lelaki yang turun dari syurga

Ketulusan hatimu anugerah hidupku

syukur kerana tiada cinta antara kita
sebelum diijabkabul

syariat tetap membatas

cari la cinta idaman
nikmat cinta
iaitu cinta selepas nikah
kerna itu adalah lebih indah

Allah mengiktiraf cinta selepas perkahwinan sebagai yang terbaik dan sumber segala kesenangan dan kasih sayang.

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakanNya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran” (Ar-Rum, Ayat 21).

alhamdulillah.. InsyaAllah. Redha Allah dicari, bukannya kemurkaan Allah..

wasalam

Tuesday, April 24, 2012

Peperiksaan

Assalamualaikum ya Akhi ya Ukhti..

Peperiksaan dan Ujian.
Berbeza dan tidak sama.

Istana dan Teratak.
Sama tapi tidak serupa.

Itulah nilai yang seringkali menjadi keutamaan dalam menilai.


Syukur atas kurniaan nikmatMu, alhamdulillah setelah seminggu berada di teratak T.Tuanku Jaafar, akhirnya telah ku kembali ke T.Jasmin. Indah tidak pada keselesaan, tidak jua pada kesempurnaan, nilai murni jalinan menjadi tanda keikhlasan keselesaan.

Ku terima UjianMu ya Allah, terima kasih atas UjianMu ya Allah, terima kasih jua kerna yakin ku mampu melaluinya.

wasalam

Thursday, March 29, 2012

untukmu

Assalamualaikum ya Akhi ya Ukhti..

Siapalah diri ini,
untuk menjaga dirimu,
apakah layak bagi diri ini, 
untuk menasihati dirimu,

getaran dalam jiwa yang ingin melafazkan, 
yang mampu di laungkan, 
setelah kian lama terbuku di jiwa ini,
Kuharap segalanya diterima kini,

wahai dikau bakal isteri, 
ketahuilah bahawa, 
kamu la tulang rusuk ku yang ku cari,
telah ku temui, 

kerana harta benda nya
kerana keturunan nya
kerana kecantikan nya
dan kerana pegangan agama nya
taklifan buat diri yang bergelar Adam, 
meluruskan tulang rusuk yang ditakdirkan bengkok,

melayari bahtera di nakhoda kan adam, 
bakal imam kepada masjid yang di bina,

diciptakan wanita untuk dilindungi sepenuh hati,

Wanita itu bisa menjadi madu,
Dan wanita juga mampu untuk menjadi racun,
 
"Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah..."


wahai dirimu, ingat lah pesan diri ini,

Jadilah perhiasan dunia, yang mahal di mata kaum adam, 
sirami jiwamu dengan titisan haruman iman, 

kayakan dirimu dengan coretan ilmu,
sebagai petunjuk jalan dalam berbahtera melayar kehidupan duniawi, 

destinasinya menuju ke akhirat sana

Semaikan akhlaqmu dengan benih mahmudah,

jagalah batas pergaulanmu, agar tidak sewenangnya mengegarkan jiwa seorang yang bergelar adam, 

tanpa sedar, dirimu adalah perhatian kaum adam,

jadilah mutiara yang kekal sinar nya di dalam cengkerang,

tidak kembang mekar menjadi tautan burung-burung kepada sang bunga,  

maka terpeliharalah dirimu dari fitnah dunia semata. 

Sekadar coretan dari hamba-Nya yang tidak mengetahui,
Semoga "untukmu" ini diabadikan buat selamanya..

wallahu a'lam 

Friday, March 23, 2012

tika dan saat ini

Assalamualaikum ya Akhi ya Ukhti..

tahniah buat jejaka kacak yang berjaya dalam interview dengan ON Semi minggu lepas; yusri che mee dan amirul abdullah..


aisar dan baul , yakinlah, Allah lebih mengetahui mana yang terbaik ..

14 hari lagi..

masa tidak terasa setiap tukaran saat, minit, jam, hari,minggu..

ketahuilah:

Saidina Uthman bin Affan mampu khatam al-Quran setiap hari pada bulan ramadhan.

walhal punyai 24 jam sama dengan semua hambaNya..

hargai la masa, jagalah masa, setiap saat yang berlalu, adalah sejarah yang abadi dalam setiap hambaNya..

wasalam

Sunday, March 18, 2012

ustaz azhar idrus - Penang

Assalamualaikum ya Akhi ya Ukhti..

usaha gigih ustaz azhar idrus dalam mendakwah sangat mendapat tarikan ramai, siapa sangka kuliah maghrib di hadiri ramai orang setanding orang alpha ke konsert-konsert artis-artis.

gambar : Masjid Negeri Pulau Pinang, 17 Mac 2012

manusia ini perlu di bimbing, kadang terlupa watak dan peranan.. berkerja siang malam, mengumpul harta setinggi bukit,berebut pangkat setinggi Prof..namun tiada pula ramai yang berebut pangkat disisi Allah, mempelajari ilmu-ilmu Allah.

 ingatan buat kaum-kaum adam

Adam,
Kau diberi amanah mendidik mereka. Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga mereka, memperhatikan dan mengawasi mereka agar redha Allah sentiasa menaungi. Duhai Adam, lihatlah kini, sedikit sahaja kaum adam yang menghormati mereka.

Adam,
kau selalu berkata, Hawa memang degil! Tidak mau dengar kata! Tidak mudah makan nasihat! Kepala batu! Tetapi duhai Adam, Seharusnya kau bertanya kepada dirimu, Siapakah teladanmu? Siapakah rujukanmu? Dalam mendidik mereka yang lemah itu. Adakah teladanmu Muhammad s.a.w? Adakah rujukanmu Muhammad s.a.w? Adakah akhlak-akhlakmu boleh dijadikan contoh buat kami kaum Hawa?

Adam,
Sebenarnya kaulah imam dan mereka adalah makmummu. mereka adalah pengikutmu-pengikutmu Karena kaulah amir. Jika kau benar maka benarlah mereka. Jika kau lalai,lalailah mereka. Lupakah kau duhai Adam? Kau punya satu kelebihan anugerah Allah. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Dan mereka, akal satu nafsu beribu! 

Dari itu Adam,
gunakanlah ketinggian akalmu untuk membimbing mereka. Pimpinlah tangan mereka karena mereka sering lupa dan lalai. Seringkali mereka tergelincir. Bimbing dan bantulah mereka dalam menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah mereka kalimah syahdu dari Allah agar dunia mereka sentiasa dijalan rahmah. Tiupkanlah roh jihad ke dalam dada mereka agar mereka mampu tetap menjadi mujahidah kekasih Allah subhana wata'ala.

wasalam