Tuesday, February 21, 2012

5 times a day

Assalamualaikum ya Akhi ya Ukhti..


wallahu a'lam

ikhlas itu suatu rahsia

Assalamualaikum ya Akhi ya Ukhti..

ada yang kata,

Ikhlas itu,
bila kita buat sesuatu
kita tidak harap kan apa-apa balasan.

Ikhlas itu,
membuat/memberi dengan sukarela.

Ikhlas itu,
bersih/murni,
ibarat air jernih



tidak bercampur apa-apa.

Ikhlas itu,
bila kita buat apa-apa,
Hanya kerana Allah.

Sungguh.

bila kita buat dengan rela hati, dengan tidak mengharapkan apa-apa balasan, hanya niat kerana Allah, insyAllah segalanya menjadi mudah..




tetapi, dalam benak hati kecil kita, selalu tertanya-tanya..


'Ikhlas ke aku?'

'Ikhlas ke dia?'

ada yang kata..

'Saya ikhlas'

Mereka selalu persoalkan,

'Ikhlas ke? atau ' 'Macam tak ikhlas je'

Sepertinya pada mereka ada penimbang pengukur ikhlas.

Ikhlas itu susah sayang..

Ikhlas itu milik Allah,

Firman Allah,

'Ikhlas itu satu rahsia dalam rahsia-Ku,
Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaKu yang Aku
kasihi.'
(Hadis Qudsi).

Menuju ikhlas itu bermula bila segala hanya kepadaNYA
Dengan tunduk, tawadhuk, malu, takut, risau, cemas, kasih, cinta.
Hanya kepadaNYA

“Sesungguhnya Allah Taala tidak memandang
gambaran lahir kamu tapi dia melihat apa yang ada di
dalam hati kamu.” 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

wallahu a'lam

Thursday, February 16, 2012

Dream 2012 !!

Assalamualaikum ya Akhi ya Ukhti..
  
"If you have the power to dream it then you have the power to achieve it"


Ir. Nazirul Izzat Mohd. Arifen
  
"What a mind can conceive and believe, it can achieve"

~insyAllah ~


Wednesday, February 15, 2012

14 februari

Assalamualaikum ya Akhi ya Ukhti..


“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah Al-An’am : 116)

valentine day! itu yang kini mempengaruhi remaja-remaja yang bercinta yang mana mereka beranggapan itu adalah hari berkasih sayang!

tahukah anda apakah sejarah valentine day itu?

Valentine sebenarnya adalah seorang..
martyr (dalam Islam disebut 'Syuhada') yang kerana kesalahan &
'dermawan' maka dia diberi gelaran Saint atau Santo.
 
Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M).

Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.
 
Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. 

Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.
 
Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta 'supercalis'  kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. 

Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.
 
Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. 

Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. 

Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh pengertiannya(jauh dari erti yang sebenarnya). 
  
Dari sini dapat diambil kesimpulan bahwa moment(hal/saat/waktu) ini hanyalah tidak lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak 'akidah' muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat  dengan kedok percintaan(bertopengkan percintaan), perjodohan dan kasih sayang.
di harap sama-sama la kita dapat mengelak dari terjerumus ke arah pengaruh sebegini. kita hanya manusia yang lemah.

wallahu a'lam

Tuesday, December 6, 2011

saya akan mati

Assalamualaikum ya Akhi ya Ukhti..



"jangan tinggal kan adab, kerana sesiapa yang tinggal kan adab pasti yang sunat itu di tinggal kan, dan jangan tinggal kan sunat,  kerana sesiapa yang tinggal kan sunat pasti yang wajib itu di tinggal kan"

petikan dari ayat yang di sampai kan oleh mufti kedah ketika beliau menyampai kan ceramah sempena maal hijrah di sebuah masjid.

maksud dari ayat itu ialah, 

sebagai contoh adab ke masjid, melangkah dengan kaki kanan, keluar dari masjid melangkah dengan kaki kiri... manakala adab masuk tandas, melangkah dengan kaki kiri, dan keluar dari tandas melangkah dengan kaki kanan.

se andai nya adab pun kita tidak jaga, macam mana dengan amalan-amalan sunat? pasti kita terleka/lalai dalam menjaga amalan-amalan sunat.

dan bagai mana pula se andai nya amalan-amalan sunat ini kita tidak jaga , apa kah amalan wajib kita cukup sempurna?


Allah swt berfirman: ‘Sekiranya penduduk itu beriman dan bertaqwa, maka dibuka pintu langit’.
Maka dengan keimanan dan ketaqwaan maka terjamin keselamatan dalam kehidupan manusia.
 Saya akan mati,
kamu juga akan mati,

marilah selalu bermuhasabah diri kita sebelum ajal menjemput.
Selalulah ingati mati,
mudahan mudah membuat banyak amal bakti untuk di sana nanti,
negeri akhirat yang kekal abadi.

Ya Allah ampunilah dosa kami, dosa ibu bapa kami, dosa anak isteri kami yang kami ketahui atau tidak kami ketahui, berilah keluasan di dalam kubur kami dan jauhilah kesempitan dan himpitan kubur bagi kami, kubur itu gelap ya Allah, berilah cahaya untuk kami di dalam kubur kami. Ampunilah kami ya Allah!