Thursday, December 17, 2015

Desa by Hatia @ Nilai 3 Part2

Jom nak cerita update terkini progress rumah ni, gambar bawah ni masa sebelum construction. Tanah dah rata dan boleh nampak pecahan border tanah untuk setiap unit rumah. 



Yang ni pula masa mula naik tiang dan konkrit lantai.


Masa ni dah mula naik tiang tiang untuk tingkat 2, batu bata dah ready tu. Sedih juga sebab developer guna bata simen ni a.k.a bata putih. Bata ni serap haba, bata tanah liat a.k.a bata merah tahan haba. Mungkin rumah boleh panas sikit, takpe sejuk kan hati, rumah ni atas bukit, mungkin sejukkk! :)



Yang ni pula developer dah mula ikat bata, cuma bumbung belum pasang lagi. Car porch pun belum ada. 



Gambar bawah ni masa mula dev buat acuan kayu untuk buat tiang porch. 


Okay dah siap tiang porch dan plaster rumah.



Ni gambar belakang rumah, yang bagus nya design rumah ni, belakang rumah dah siap ada ruang teduh. Siap ada beam konkrit dan atap genting lagi..




Ni la pelan rumah, masa beli rumah ni, rumah contoh memang takde lagi. Ni je la yang ada, rumah model. Ni type B, yang mana ketinggian tak sama bagi ruang tamu and ruang makan.


Ni gambar sebenar dalam rumah sebelum plaster. 




Rumah dah mula cat undercoat. 



Ni masa hampir nak siap pasang tiles rumah, tiles ruang tamu dan meja makan tiles 2 kaki.



Ni ruang dapur, tiles lantai 1 kaki. Tiles dinding pun 1 kaki.



Akhirnya rumah dah siap cat. Ni la warna sebenar rumah ni. Kombinasi 3 warna, biru gelap, kelabu and putih.




Ni pagar rumah, panjang 7 kaki kalau tak silap, maksudnya 14 kaki untuk panjang 2 pagar ni.


Antara interior dalam rumah ni.









Okay, cukup setakat ni, nanti update lagi. So far, yang pending lagi, TNB belum siap tanam kabel, jalan belum tar, pagar keliling taman belum buat, rumah guard pun belum buat. Yang tengah buat sekarang, longkang2, tanam rumput, tangki air. Dev estimate rumah ni boleh siap paling awal bulan Dec 2015 dan paling lewat bulan Feb 2016. Sekarang dah bulan Dec, macam tak sempat siap. Hopefully bulan Feb nanti boleh siap. If tak siap, okay juga, boleh dapat duit extra.. TQ Dev!! hahaha.. 

Opppss lupa nak announcee.. Rumah ni dah dapat nama yang official.. nama taman ni Desa Seringin.... haha, sedap la juga bunyi nye.. sedih juga, ingat boleh la dapat nama Desa Height ke, Desa Residence ke.. hehe.. takpe la.. terpaksa jatuh cinta dengan Desa Seringin juga nampaknya..

Okay, dah.. sambung lain episod.. ............